MELAKA - MCA tidak akan mengiktiraf mana-mana calon parti itu yang diumumkan Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 tanpa mendapat persetujuan kepimpinan tertinggi.Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, tindakan mengumumkan calon tanpa rundingan dan persetujuan parti merupakan sesuatu yang tidak boleh diterima, lebih-lebih lagi apabila kerusi yang sebelum ini ditandingi MCA didakwa diberikan kepada parti lain.Beliau juga mendakwa MCA tidak dimaklumkan lebih awal bahawa majlis BN di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) malam ini akan membabitkan pengumuman calon, sebaliknya diberitahu bahawa ia hanya majlis pelancaran jentera pilihan raya."Jika mereka umumkan pun, kami tidak akan mengakuinya. Jika pengerusi MCA sendiri tidak menandatanganinya, bagaimana ia boleh diiktiraf?"Calon mestilah datang daripada cadangan pucuk pimpinan parti. Ini adalah prosedur operasi standard (SOP) setiap parti politik," katanya kepada pemberita akhbar berbahasa Cina dan terjemahan dikongsikan kepada media.Difahamkan, Wee bersama kepimpinan MCA meninggalkan majlis berkenaan sebelum ucaptama oleh Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi serta pengumuman calon dan kemudiannya mengadakan sidang media di luar dewan.Ka Siong menegaskan bahawa MCA merupakan sahabat lama UMNO dan kedua-dua parti telah bersama selama berpuluh-puluh tahun dan apa yang berlaku malam ini menimbulkan tanggapan bahawa MCA hanya berdiam diri dan mengalah sedangkan MCA ialah sebuah parti yang bermaruah.Ditanya sama ada perkara itu bermakna MCA tidak akan menyertai pilihan raya negeri kali ini, beliau berkata masih ada beberapa hari lagi sebelum hari penamaan dan berharap perkara itu masih dapat diperbetulkan.Beliau berkata, perkara itu menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan kepimpinan MCA kerana rundingan berhubung pembahagian kerusi di Melaka belum dimuktamadkan, termasuk membabitkan dua kerusi yang sebelum ini ditandingi parti berkenaan.Ka Siong turut menggesa agar kepimpinan tertinggi BN di peringkat pusat campur tangan bagi menyelesaikan pertikaian itu secara adil, sambil menegaskan keputusan berkaitan calon MCA tidak seharusnya dibuat secara sepihak.BN mengumumkan calon gabungan itu yang akan bertanding di 21 Dewan Undang Negeri (DUN) yang menyaksikan dua wakil MCA bertanding iaitu penyadang DUN Machap Jaya Datuk Ngwe Hee Sem dan penyandang DUN Kelebang Datuk Lim Ban Hong. - Bernama
PRN Melaka: MCA tidak iktiraf pengumuman calonnya tanpa persetujuan parti - Ka Siong

Key takeaways
MCA menolak pengumuman calon PRN Melaka oleh BN tanpa persetujuan parti, menurut Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.
- MCA tidak akan mengiktiraf calon yang diumumkan BN tanpa persetujuan kepimpinan tertinggi.
- MCA merasa tidak dimaklumkan terlebih dahulu tentang majlis pengumuman calon BN.
- Wee Ka Siong menegaskan MCA tetap akan menyertai pilihan raya negeri jika isu ini diperbaiki.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Berita Harian , Harian Metro
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia PRN Melaka: Skandal khalwat Nik Nazmi tidak jejas kempen Bersama
- Sinar Harian PRN Melaka: MCA tidak iktiraf pengumuman calonnya tanpa persetujuan parti - Ka Siong (this story)






%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Fphannoucemalaccaelectioncandidate2026102401_837366.png&w=480&output=webp&q=85&we)


