PUTRAJAYA: Pengorbanan puluhan tahun dalam industri seni menjadi kenangan bermakna buat pelakon dan pengarah veteran, Datuk Rahim Razali, apabila beliau menerima Anugerah Tokoh Seri Angkasa 2026 pada malam kemuncak Anugerah Seri Angkasa (ASA) 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini, malam tadi.

Rahim, 87, membawa pulang wang tunai RM10,000, sebuah kereta elektrik Proton e.MAS 7 bernilai RM150,000, dana akaun Durian-i tajaan CIMB bernilai RM8,000 serta pakej percutian.

Anugerah berkenaan disampaikan Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil.

Rahim berkata, pengiktirafan itu amat bermakna selepas puluhan tahun menabur bakti dalam industri seni, meskipun sepanjang tempoh berkenaan beliau tidak pernah berkhidmat secara sepenuh masa.