Larut: Parti Wawasan Negara (WAWASAN) akan mendapatkan persetujuan rakan parti dalam Perikatan Nasional (PN) terlebih dahulu sebelum mengumumkan keputusan berhubung kemungkinan meletakkan calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Presidennya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, berkata keputusan itu perlu dibuat secara bersama oleh semua anggota gabungan berkenaan bagi memastikan pendirian PN dipersetujui semua pihak.

"Insya-Allah, apa pun yang pentingnya adalah persetujuan daripada kawan-kawan PN.

"Selepas itu baru kita umumkan, dan kita tidak mahu umum awal sebab biar keputusannya dibuat oleh seluruh anggota PN," katanya ketika ditemui selepas Kenduri Kesyukuran Parlimen Larut sempena majlis perkahwinan di Dewan Terbuka PDM Sungai Bayor di sini, malam ini.