MELAKA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa rakyat Melaka menolak politik kebencian berasaskan kaum dan agama, sebaliknya memperkukuh perpaduan sebagai asas kestabilan serta kemajuan negara.
Anwar, yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata sejarah Kesultanan Melayu Melaka dan perjuangan kemerdekaan negara membuktikan bahawa kejayaan besar dapat dicapai melalui kerjasama pelbagai kaum, bukannya perjuangan satu kelompok semata-mata.
“Saya menekankan perkara ini berulang kali kerana ada pihak yang cuba memutarbelitkan sejarah dengan mengatakan bahawa hanya dengan membangkitkan kemenangan satu kaum, negara ini dapat diselamatkan.
“Jika nenek moyang kita berjaya membina Kesultanan Melayu Melaka sebagai sebuah empayar yang besar, kita juga mampu melakukannya melalui keamanan, perpaduan semua pihak dan strategi pembangunan yang baik,” kata beliau.







%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Fphannoucemalaccaelectioncandidate2026102401_837366.png&w=480&output=webp&q=85&we)

