Melaka: Kerajaan meneliti langkah berkaitan larangan penggunaan aplikasi navigasi Waze dalam kalangan pegawai kerajaan atas pertimbangan keselamatan dan kedaulatan negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar, yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata langkah itu bukan bertujuan mengharamkan Waze secara menyeluruh, sebaliknya mengambil kira risiko pemantauan pergerakan pegawai kerajaan, khususnya mereka yang mengendalikan urusan keselamatan negara.
"Saya mahu jelaskan mengapa isu Waze dibangkitkan. Pertama isu ini bukan semata-mata berkaitan aplikasi Waze tetapi kaitan Waze dengan sebuah syarikat yang mempunyai ibu pejabat di Israel.
"Kedua, persoalan tentang bidang kuasa undang-undang sekiranya berlaku pertikaian dengan syarikat tersebut. Dalam keadaan tertentu, perjanjian yang melibatkan syarikat antarabangsa boleh menimbulkan persoalan tentang mahkamah yang mempunyai bidang kuasa untuk menyelesaikan pertikaian," kata beliau.








%2Ffile%2Fattachments%2F888%2FMCA_458180.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
