KUALA LUMPUR – Skuad hoki remaja lelaki negara akhirnya kembali menjulang kejuaraan Piala Sultan Johor (SOJC) selepas menamatkan penantian 15 tahun menerusi kemenangan dramatik ke atas Pakistan pada aksi final edisi ke-14 di Stadium Hoki Johor, Taman Daya, sebentar tadi..
Anak buah Nor Saiful Zaini Nasiruddin mengesahkan gelaran juara menerusi kemenangan 4-3 dalam penentuan penalti shoot-out selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 sepanjang 60 minit permainan.
Kejayaan itu cukup bermakna buat Young Tigers yang kali terakhir menjuarai kejohanan berkenaan pada edisi sulung 2011, sekali gus meng









