PETALING JAYA – Perbuatan atau tindakan menggelarkan isteri kedua sebagai penyondol mahupun perampas adalah haram di sisi agama.
Ini kerana kata penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus perkara itu seumpama menghina amalan poligami yang dibenarkan syarak.
“Kita nak pesan, kalau dia (wanita) kahwin dengan suami orang, jangan kita terikut-ikut dengan orang yang mulut jahat.
“Mulut jahat kata kalau kita (wanita) kahwin dengan lelaki orang itu penyondol, ayat itu haram. Penyondol itu maknanya menghina, menghina poligami yang dihalalkan oleh Allah,”katanya dalam satu sesi kuliah baru-baru ini.










