Kuala Selangor: Seorang lelaki terkejut apabila mendapati van miliknya hilang selepas beberapa minit dia masuk ke sebuah premis untuk mengira stok minuman,

Kejadian berlaku kira-kira jam 11.40 pagi ketika pengadu berusia lingkungan 30-an berada sebuah pasar raya mini di pekan Tanjong Karang, di sini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Deputi Superintendan Mohd Ambia Nordin, berkata pengadu yang memandu van jenis Toyota, meletakkannya di hadapan premis dalam keadaan enjin masih hidup.

"Pengadu kemudian masuk ke dalam premis untuk mengira stok minuman.