KUALA LUMPUR - Seorang penyelia yang maut dirempuh kereta dipandu lelaki dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol di Lebuhraya Sultan Iskandar awal pagi tadi, baru empat bulan mendirikan rumah tangga.Bapa mangsa Fazli Buyong, 56, berkata anak sulung daripada tiga beradik itu, Faris Irfan, 28, berkahwin pada 13 Jun lepas.Beliau berkata Allahyarham sepatutnya pulang ke rumah tengah hari ini untuk memasak bagi keluarga selepas selesai bekerja dan berehat seketika."Dia beritahu hari ini lepas habis kerja dan tidur sekejap, tengah hari tu dia nak datang (rumah) dan nak masak untuk kami... tetapi malangnya perkara itu tidak kesampaian," katanya ketika dihubungi Bernama.Fazli berkata lebih menyedihkan, isteri Allahyarham berada di lokasi kejadian kerana menemani suaminya bekerja sejak 10 malam, namun menunggu di dalam kereta ketika nahas berlaku.Beliau menerima berita kematian anaknya menerusi panggilan telefon daripada menantunya pada 4.20 pagi.Menurut Fazli, ketika kejadian, mangsa dan rakan setugas sedang mengemas peralatan untuk pulang selepas selesai kerja, dengan hanya kon keselamatan belum diangkat sebelum kereta itu merempuh mangsa.Fazli yang reda dengan pemergian anaknya menggesa agar hukuman lebih berat dikenakan terhadap pemandu yang memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kematian.Beliau turut meminta undang-undang berkaitan pemandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah dikaji semula serta diperketatkan.Jenazah mangsa yang menetap di Setiawangsa disembahyangkan di Masjid Mu'adz Bin Jabal sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Taman Selaseh, Batu Caves selepas Asar hari ini.Terdahulu, polis mengesahkan penyelia berusia 28 tahun itu maut manakala seorang pemandu lori cedera selepas dirempuh kereta dipandu lelaki berusia 26 tahun yang didapati mempunyai tahap alkohol melebihi had dibenarkan dalam darah. - Bernama
Penyelia maut dirempuh pemandu mabuk: Faris baru empat bulan berkahwin - Bapa

Key takeaways
Seorang penyelia maut dirempuh kereta yang dipandu lelaki mabuk semasa bekerja. Faris baru empat bulan berkahwin.
- Faris Irfan, 28, maut dirempuh kereta di Lebuhraya Sultan Iskandar.
- Isterinya berada di lokasi kejadian semasa kejadian berlaku.
- Bapanya meminta hukuman lebih berat terhadap pemandu mabuk yang menyebabkan kematian.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Harian Metro
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Berita Harian Pekerja kontraktor DBKL maut dirempuh pemandu mabuk
- Utusan Malaysia Pekerja penyelenggaraan maut dirempuh pemandu mabuk
- Sinar Harian Penyelia maut dirempuh pemandu mabuk: Faris baru empat bulan berkahwin - Bapa (this story)







