JOHOR BAHRU – Polis sudah merakam percakapan empat saksi yang menyaksikan kejadian seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun ditemui maut di sebuah flat di Taman Perling di sini, pada Jumaat.Pemangku Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Superintenden Azrol Anuar Nor berkata, laporan berhubung kejadian diterima pada kira-kira jam 5.30 petang."Mangsa ditemukan penduduk setempat dalam keadaan terbaring di atas tanah di bawah bangunan flat berkenaan."Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai sedang bermain kejar-kejar bersama beberapa orang kanak-kanak lain di kawasan koridor tingkat 10 flat berkenaan sebelum menggunakan sebuah basikal untuk memanjat tembok koridor lalu terjunam dari tingkat tersebut," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Menurut Azrol Anuar, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala, tangan dan badan sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru yang tiba di lokasi kejadian.Katanya, bedah siasat yang dijalankan pada jam 11 pagi Sabtu mengesahkan punca kematian adalah akibat kecederaan berganda disebabkan terjunam dari tempat tinggi."Kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut (SDR) dan siasatan lanjut masih dijalankan," katanya.Dalam pada itu, Azrol Anuar menasihatkan ibu bapa dan penjaga supaya sentiasa mengawasi pergerakan serta aktiviti anak-anak dan memastikan mereka tidak memanjat atau bermain berhampiran tingkap, balkoni, koridor atau kawasan berisiko tinggi.Sebarang maklumat berkaitan kejadian boleh disalurkan kepada Hotline Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara menerusi talian 07-5563122 bagi membantu siasatan.
Kanak-kanak 7 tahun maut: Polis rakam percakapan empat saksi

Key takeaways
Polis merakam keterangan empat saksi mengenai kematian seorang kanak-kanak 7 tahun yang terjun dari tingkat 10 flat.
- Kanak-kanak itu ditemui dalam keadaan terbaring di bawah bangunan flat.
- Siasatan awal mendapati mangsa terjun dari tingkat 10 selepas memanjat tembok koridor.
- Punca kematian adalah kecederaan berganda akibat jatuh dari tempat tinggi.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Berita Harian , Harian Metro
Story details
- Published
- By
- NOR AZURA MD AMIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 6 sources, oldest first.
- Malaysiakini (BM) Nahas enam kenderaan di Jalan Kuching, kanak-kanak lima tahun maut
- Utusan Malaysia Kanak-kanak lelaki tujuh tahun maut jatuh tingkat 10
- Sinar Harian Kanak-kanak 7 tahun maut: Polis rakam percakapan empat saksi (this story)







