KUALA LUMPUR - Beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M. Thinaah mempamerkan kebangkitan menakjubkan untuk mara ke final Terbuka Perancis 2026 dengan menundukkan pasangan Jepun, Rin Iwanaga-Kie Nakanishi, di Paris hari ini.Pada aksi separuh akhir di Arena Grand Paris, pasangan pilihan kedua itu bangkit daripada ketinggalan 3-12 pada set kedua untuk mencatat kemenangan 21-17, 22-20 dalam masa 47 minit, sekali gus melebarkan rekod pertemuan mereka dengan pasangan Jepun itu kepada 9-2.Pearly-Thinaah berjaya merapatkan jurang mata dalam set kedua sebelum menyamakan kedudukan 18-18 dan sekali lagi pada 20-20, sebelum menamatkan perlawanan dengan kemenangan.Mereka akan menentang sama ada pilihan utama dari Jepun, Yuki Fukushima-Mayu Matsumoto atau gandingan Indonesia, Rachel Allessya Rose-Febi Setianingrum, pada final kejohanan Jelajah Dunia BWF Super 750 itu.Pearly-Thinaah mengintai gelaran ketiga musim ini selepas menjuarai Masters Indonesia pada Januari dan Terbuka Denmark awal bulan ini.Terdahulu, pasangan beregu campuran profesional negara, Hoo Pang Ron-Lai Pei Jing, turut melangkah ke final selepas menewaskan pasangan China, Guo Xin Wa-Chen Fang Hui, 21-13, 21-9 pada aksi separuh akhir. - Bernama
Pearly-Thinaah mara ke final Terbuka Perancis

Key takeaways
Beregu Pearly-Thinaah mara ke final Terbuka Perancis 2026 dengan menewaskan pasangan Jepun.
- Pearly-Thinaah menang 21-17, 22-20 dalam 47 minit di separuh akhir.
- Mereka akan menentang pasangan Jepun atau Indonesia di final.
- Ini merupakan kemenangan ke-9 mereka ke atas pasangan Jepun sejak 2022.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Kosmo , Berita Harian , Berita Harian
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Harian Metro Pang Ron-Pei Jing mara ke final Terbuka Perancis
- Berita Harian Pearly-Thinaah selangkah juarai Terbuka Perancis
- Sinar Harian Pearly-Thinaah mara ke final Terbuka Perancis (this story)







