Paris: Jurulatih Paris Saint Germain (PSG), Luis Enrique menegaskan pasukannya tidak kisah perlawanan Ligue 1 menentang Lyon ditangguhkan dan tidak akan hilang fokus walaupun kini bertembung dengan majlis Ballon d'Or selain tidak patah semangat akibat kecederaan terbaharu pemain mereka.
Luis Enrique memberitahu bahawa pasukannya yang kini di tangga kedua 'tiada masalah' untuk beraksi menentang pendahulu liga, Lyon, pada hari Isnin atas arahan pihak polis Paris berikutan gelombang bantahan ganas di ibu negara Perancis itu.
Tugas pihak polis juga semakin mencabar disebabkan perlawanan musim biasa NFL yang julung kali diadakan di Perancis, merangkumi perlawanan antara Pittsburgh Steelers dan New Orleans Saints di Stade de France, Paris pada Ahad.









