NEW YORK: Harga minyak meningkat ke paras tertinggi sejak akhir April pada Jumaat apabila konflik Timur Tengah terus memuncak, dengan minyak mentah Brent Laut Utara melepasi AS$116 setong.

Ketua Analisis Kewangan AJ Bell, Danni Hewson, berkata pasaran global sedang berdepan "kebimbangan mengenai lonjakan harga minyak dan kemampanan perbelanjaan untuk kecerdasan buatan (AI)".

"Ketegangan yang semakin memuncak di Ukraine serta kemungkinan permintaan tenaga meningkat apabila hemisfera utara memasuki musim sejuk hanya menambah tekanan kenaikan terhadap harga minyak dan gas," katanya.

Kontrak penanda aras minyak antarabangsa Brent bagi penghantaran Disember melonjak lebih tiga peratus kepada AS$116.72 (RM476.70) setong.