Pemuda DAP pendekatan BUDI95 dan BUDI Diesel lebih sesuai digunakan kerana membolehkan subsidi diselaras mengikut keadaan pasaran.PETALING JAYA: Pemuda DAP menyifatkan cadangan Bersama mengapungkan harga minyak mengikut pasaran tidak realistik kerana berisiko meningkatkan kos sara hidup rakyat.
Naib Ketua Pemuda Raja Ahmad Iskandar Fareez, berkata cadangan jurucakap Bersama, Sum Dek Joe, untuk mengapungkan harga petrol apabila harga minyak mentah turun di bawah USD70 setong tidak mengambil kira ketidaktentuan pasaran minyak dunia.
“Bagaimana jika harga minyak mentah tidak pernah turun di bawah USD70 setong? Adakah Bersama akan terus menunggu, atau mengapungkan harga sekarang sehingga keluarga yang bekerja terpaksa membayar RM4.32 seliter?” katanya dalam kenyataan.







