Menteri Perpaduan Negara Aaron Ago Dagang berkata Selangor merekodkan sebanyak 174 KRT yang tidak aktif diikuti 100 KRT di Johor.KUCHING: Kira-kira 500 Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di seluruh negara tidak aktif, dengan Selangor mencatat jumlah tertinggi, diikuti Johor.

Menteri Perpaduan Negara Aaron Ago Dagang berkata Selangor merekodkan sebanyak 174 KRT yang tidak aktif diikuti 100 KRT di Johor.

Beliau berkata Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) perlu merangka garis panduan khas pengaktifan semula KRT bagi menangani isu itu.

“Usaha ini perlu dimulakan dengan mengenal pasti punca ketidakaktifan setiap KRT, diikuti dengan intervensi bersesuaian seperti memperkukuh kepimpinan, menggerakkan semula penyertaan penduduk dan merancang aktiviti berdasarkan keperluan sebenar komuniti,” katanya ketika berucap pada Majlis Konvensyen Rukun Tetangga Peringkat Negeri Sarawak 2026.