Setiausaha Agung Amanah, Faiz Fadzil, berkata PH perlu mengambil peluang untuk bekerjasama dengan parti yang boleh menambah nilai pada gabungan itu. (Gambar Facebook)PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) perlu terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana parti termasuk Bersatu, sekiranya mempunyai matlamat perjuangan yang sama iaitu menentang rasuah, penyelewengan dan fahaman perkauman melampau.
Setiausaha Agung Amanah, Faiz Fadzil, berkata sikap menutup pintu kerjasama akan menyukarkan gabungan itu memenangi lebih banyak kerusi pada pilihan raya, termasuk dalam usaha kembali mentadbir Melaka dan Putrajaya.
Katanya, bagi berdepan PRN Melaka dan PRU16, PH perlu bekerjasama dengan parti lain untuk memenangi lebih banyak kerusi, selain meyakinkan pengundi Melayu dan mengekalkan sokongan bukan Melayu.







