KETUA Pegawai Eksekutif (CEO) ONE Championship, Chatri Sityodtong mempertikaikan profesionalisme Rifdean Masdor selepas petarung negara itu hadir tanpa pasukan sokongan sebelum tewas kepada Nadaka Yoshinari.Chatri berkata, beliau terkejut apabila mendapat tahu Rifdean tidak membawa jurulatih, rakan sepasukan atau cornerman bagi mengiringinya sepanjang minggu pertarungan di ONE Samurai 4 di Tokyo, Jepun pada Sabtu lalu.Menurutnya, persiapan sedemikian jauh daripada standard profesional yang ditetapkan organisasi itu, terutama bagi atlet yang bertanding merebut gelaran dunia."Dalam kes Rifdean, saya juga mendapat tahu bahawa persiapannya langsung tidak profesional. Dia datang tanpa cornerman, tanpa rakan sepasukan dan tanpa sesiapa pun untuk memantaunya sepanjang minggu pertarungan. Tiada jurulatih, langsung tiada sesiapa."Saya sangat terkejut apabila mendengar perkara itu," katanya ketika menjawab soalan wartawan mengenai kemungkinan memperketat prosedur susulan isu hidrasi yang berulang.Chatri turut membandingkan persiapan Rifdean dengan juara dunia seperti Jonathan Haggerty dan Nadaka yang menurutnya sentiasa memenuhi keperluan ditetapkan serta hadir dengan persiapan lengkap.Beliau menegaskan, kegagalan memenuhi syarat, khususnya dalam pertarungan merebut gelaran dunia, boleh menyebabkan seseorang atlet terpaksa menunggu lama sebelum mendapat peluang seterusnya.Lebih mengejutkan Chatri, Rifdean dilaporkan meminta peluang merebut gelaran sekali lagi sejurus selepas tewas menerusi kalah mati kepada Nadaka."Peluangnya langsung tiada! Zero! Anda perlu bersikap profesional," katanya.Rifdean tewas menerusi Technical Knockout (TKO) pada minit pertama pusingan kedua selepas Nadaka melepaskan tendangan kiri ke bahagian leher dan kepala dalam pertarungan bagi gelaran dunia Muay Thai atomweight ONE Championship itu.Rifdean sebelum itu gagal memenuhi had berat badan dalam tempoh yang ditetapkan, menyebabkan dia tidak layak merampas gelaran dunia meskipun pertarungan diteruskan.
Chatri tutup pintu rematch buat Rifdean

Key takeaways
Chatri mempertikaikan profesionalisme Rifdean kerana tidak membawa pasukan sokongan semasa bertanding di ONE Samurai 4.
- Rifdean tidak membawa jurulatih, rakan sepasukan atau cornerman semasa pertandingan.
- Chatri menyatakan persiapan Rifdean jauh daripada standard profesional ONE Championship.
- Rifdean meminta peluang rematch selepas kalah kepada Nadaka.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
5 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Sinar Harian Chatri tutup pintu rematch buat Rifdean (this story)
- Free Malaysia Today Tutup pintu kerjasama sukarkan PH menang banyak kerusi, kata pemimpin Amanah








