IPOH – Dua lelaki ditemukan lemas selepas dipercayai dihanyutkan arus deras ketika mandi di sungai berhampiran Kampung Orang Asli Sungai Tonggang, Tanjung Rambutan di sini pada Sabtu.Mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Wan Ahmad Razani Wan Yahaya, 42, dan Rishi Masdi Zaidi, 50, masing-masing berasal dari Selangor.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 2.55 petang.Menurut beliau, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tambun digerakkan ke lokasi bagi menjalankan operasi menyelamat serta membawa keluar mangsa."Anggota terpaksa bergerak sejauh kira-kira 600 meter melalui laluan hutan untuk sampai ke lokasi kejadian."Setibanya di lokasi, anggota menemukan dua lelaki dalam keadaan tidak sedarkan diri di tepi sungai," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.Beliau berkata, ketua operasi mengarahkan anggota memakai peranti apungan peribadi (PFD) sebelum kerja membawa keluar mangsa menggunakan pengusung dijalankan.Menurutnya, kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan yang berada di lokasi kejadian."Mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut."Operasi yang turut dibantu polis tamat pada jam 5 petang," katanya.
Dua lelaki lemas ketika mandi sungai

Key takeaways
Dua lelaki lemas selepas dihanyutkan arus deras ketika mandi di sungai di Perak.
- Mangsa ialah Wan Ahmad Razani (42) dan Rishi Masdi Zaidi (50) dari Selangor.
- Anggota bomba terpaksa bergerak 600 meter melalui hutan untuk menyelamatkan mangsa.
- Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Kosmo , Utusan Malaysia , Berita Harian , Berita Harian
Story details
- Published
- By
- NORMAWATI ADNAN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Berita Harian Lelaki lemas terbelit jala di sungai
- Sinar Harian Dua lelaki lemas ketika mandi sungai (this story)
- Utusan Malaysia Dua lelaki ditemukan lemas ketika mandi sungai
- Berita Harian Dua lelaki lemas di Sungai Tonggang







