IPOH – Dua lelaki ditemukan lemas selepas dihanyutkan arus deras ketika mandi sungai di Kampung Orang Asli Sungai Tonggang di Tanjung Rambutan, di sini hari ini.

Mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Wan Ahmad Razani Wan Yahaya, 42, dan Rishi Masdi Zaidi, 50, yang kedua-duanya beralamat di Selangor.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, maklumat kejadian itu diterima pada pukul 2.55 petang.

Katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tambun kemudian diatur gerak ke lokasi kejadian untuk khidmat khas mengambil mangsa lemas.