RIYADH – Agensi pertahanan awam Arab Saudi menyiarkan amaran ‘potensi bahaya’’ untuk empat wilayah baratnya termasuk kota suci Mekah semalam tanpa memberikan alasan tindakan tersebut.

Amaran yang turut meliputi bandar utama Laut Merah iaitu Jeddah dan kota berdekatan, Taif serta pusat minyak Yanbu itu bagaimanapun ditarik balik beberapa minit kemudian.

Penduduk diarah untuk ‘pergi ke tempat selamat terdekat’ oleh agensi tersebut. Agensi sama juga mengulangi amaran undang-undang yang melarang perkongsian gambar atau maklumat berkaitan ‘menangkis serangan peluru berpandu serta dron’.

Kerajaan Arab Saudi berdepan serangan berterusan daripada kumpulan Houthi di Yemen sejak beberapa minggu kebelakangan ini ketika perang saudara kembali bergolak di negara jirannya itu.