PETALING JAYA – Pelakon Eira Syazira menegaskan suami isteri harus mengutamakan kejujuran dalam setiap perkara, termasuk hal kecil kerana perbuatan menyembunyikan sesuatu daripada pasangan boleh mengundang keretakan hubungan.
Eira atau nama sebenarnya Syazira Sarimah Sakinah Almera Shuhaimi, 42, turut mengingatkan golongan isteri agar tidak terlalu dibelenggu rasa bimbang sehingga terdorong menyiasat setiap gerak-geri suami, sebaliknya menilai hubungan berdasarkan kepercayaan dan tanggungjawab masing-masing.
“Rumah tangga boleh rosak apabila wujud prinsip, kalau beritahu nanti dia marah, lebih baik jangan beritahu langsung. Salah satu adab dalam rumah tangga adalah tidak perlu terlalu sibuk mencari tahu bagaimana suami di luar sana.










