KUALA LUMPUR - Sebanyak 23 kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 4 petang ini dengan Seremban merekodkan bacaan tertinggi, iaitu 172.Menurut Portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), Johor merekodkan lapan Kawasan dengan bacaan IPU tidak sihat, iaitu Batu Pahat (166), Kluang dan Larkin (165), Tangkak (162), Pasir Gudang (161), Segamat (155), Pengerang (154) dan Kota Tinggi (151).Di Negeri Sembilan, selain Seremban, Nilai merekodkan IPU 166 dan Port Dickson (140), manakala di Melaka, iaitu Bukit Rambai mencatatkan bacaan 163, Bandaraya Melaka (160) dan Alor Gajah (158).Di Kuala Lumpur, Batu Muda merekodkan bacaan 159 dan Cheras (141), manakala Putrajaya mencatatkan 118, dan di Pahang, iaitu Rompin merekodkan bacaan 141.Di Sarawak, stesen pemantauan di Ibu Pejabat Polis Daerah Serian mencatatkan bacaan 160, Sri Aman (157), Kuching (155), Kapit dan Samarahan masing-masing merekodkan 153.Sementara itu, sebanyak 39 Kawasan mencatatkan bacaan IPU pada tahap sederhana.Bacaan IPU sifar hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat, manakala bacaan melebihi 300 dikategorikan sebagai berbahaya. - Bernama
23 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban tertinggi

Key takeaways
Sebanyak 23 kawasan merekod bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 4 petang, dengan Seremban mencatat bacaan tertinggi iaitu 172.
- Johor merekod lapan kawasan dengan bacaan IPU tidak sihat, termasuk Batu Pahat dan Kluang.
- Seremban mencatat bacaan IPU tertinggi iaitu 172, diikuti Nilai dan Bukit Rambai.
- Kawasan di Sarawak seperti Serian, Sri Aman dan Kuching turut merekod bacaan IPU tidak sihat.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Malaysiakini (BM) , Harian Metro , Malaysiakini (BM) , Malaysiakini (BM)
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 3 sources, oldest first.
- Malaysiakini (BM) 15 kawasan catat IPU tidak sihat setakat 9 pagi
- Malaysiakini (BM) Jerebu: 34 kawasan catat IPU tidak sihat setakat 9 pagi
- Sinar Harian 23 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban tertinggi (this story)
- Harian Metro 23 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban tertinggi
- Malaysiakini (BM) 23 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban tertinggi setakat 4 petang








