Tokyo: Sebuah perkampungan di Jepun yang berdepan ancaman kepupusan akibat populasi menua kini mengharapkan kehadiran penduduk asing bagi menghidupkan semula komuniti berkenaan.

Nanmoku, perkampungan di Wilayah Gunma yang hanya mempunyai kira-kira 1,300 penduduk, menerima kunjungan Datuk Bandar Belen dari Peru bersama dua wanita muda bagi meneroka potensi kerjasama menerusi perjanjian bandar berkembar yang dimeterai tahun lalu.

Lawatan itu termasuk kunjungan ke pusat jagaan warga emas, dengan pelajar berusia 19 tahun, Wendy Sangama, menyifatkan Nanmoku sebagai tempat yang menarik untuk didiami.

"Sejak tiba di sini, saya mula mengagumi segala-galanya tentang tempat ini," katanya.