GUA MUSANG: Penduduk berharap pembaikan Laluan Persekutuan FT08 di Jalan Gua Musang-Kota Bharu berhampiran Taman Rekreasi Kesedar di sini yang ditutup akibat lubang benam tidak berlarutan lama kerana bergantung kepada laluan berkenaan untuk rutin harian mereka.
Penduduk dari Taman Wira Perdana, Siti Fatimah Zaharah Ahmad, 41, berkata penutupan laluan utama itu menyebabkan dia perlu berhadapan kesesakan lalu lintas yang teruk untuk menghantar bekalan makanan harian ke rumah ibunya yang uzur di Taman Wangi.
"Biasanya kami ada laluan alternatif untuk ke Taman Wangi jika jalan FT08 tidak dapat dilalui tetapi semalam, jalan kedua melalui Taman Damar dan Taman Kesedar Jaya juga ditutup menyebabkan saya terpaksa menggunakan laluan lain untuk ke rumah ibu.










