KUALA LUMPUR: Isteri kepada pelawak dan usahawan, Shuib, iaitu Watie Hanifiah, menafikan dakwaan bahawa mereka sudah saling mengenali sebelum pemergian isteri pertama suaminya, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin.

Watie, 37, berkata, keputusan untuk bersuara dibuat selepas dua hari berfikir dan memohon petunjuk daripada Allah SWT, sebelum merasakan sudah tiba masanya untuk mempertahankan diri daripada dakwaan yang mencetuskan pelbagai spekulasi.

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Watie menjelaskan, tindakannya bukan semata-mata untuk membela diri, sebaliknya bagi melindungi anak-anak serta menjaga nama baik arwah Siti Sarah.

"Saya dan suami tidak pernah mengenali antara satu sama lain ketika arwah masih hidup.