TOKYO: Jepun akan merombak semula sistem pembelian bebas cukai bagi pelawat asing bermula 1 November, yang mengkehendaki mereka membayar cukai penggunaan terlebih dahulu dan menuntut bayaran balik semasa berlepas.
Ini adalah bagi membendung penyalahgunaan insentif itu oleh pelancong yang menjual semula barangan sebelum meninggalkan negara itu, lapor Kyodo News.
Pelawat asing kini boleh membeli barangan tanpa cukai di kedai-kedai berkaitan.
Di bawah sistem bayaran balik yang baharu, mereka akan mengimbas pasport di terminal khas di lapangan terbang dan pelabuhan untuk menerima bayaran balik secara tunai atau menerusi kad kredit semasa berlepas.









