KANOWIT - Seorang warga emas cedera di bahagian bahu selepas dicederakan oleh remaja berusia 13 tahun dengan menggunakan pisau dalam kejadian di sebuah tandas awam di daerah ini pada Khamis.Dalam kejadian itu, lelaki berusia 69 tahun yang mengalami kecederaan ringan dan dirawat di Hospital Kanowit.Ketua Polis Daerah Kanowit, Deputies Superintenden Junical Anak Ujal berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian mendatangkan kecederaan pada jam 3.29 petang."Menurut panggilan seorang lelaki berusia 13 tahun dilaporkan mencederakan seorang lelaki menggunakan sebilah pisau."Mangsa kini sedang menjalani rawatan di Hospital Kanowit dan dilaporkan mengalami kecederaan ringan di bahagian bahu sebelah kiri," katanya dalam kenyataan.Tambah beliau lagi, kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan."Polis kini sedang menjalankan siasatan terperinci bagi mengenal pasti keseluruhan punca kejadian serta mendapatkan bukti-bukti berkaitan."Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan berhubung kejadian ini demi menghormati proses siasatan dan menjaga kepentingan semua pihak yang terlibat," katanya.Sebelum itu, tular kejadian mendakwa seorang penjaga tandas cedera diserang remaja lelaki menggunakan objek tajam di sebuah tandas awam di daerah tersebut.
Remaja cedera warga emas guna pisau

Key takeaways
Seorang lelaki berusia 69 tahun cedera di bahagian bahu selepas dicederakan oleh remaja 13 tahun dengan pisau di tandas awam.
- Kecederaan mangsa adalah ringan dan dia sedang dirawat di hospital.
- Polis sedang siasat kejadian dan meminta orang ramai tidak sebarkan maklumat tidak disahkan.
- Kejadian berlaku pada jam 3.29 petang di daerah Kanowit.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- ASYIKIN ASMIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Free Malaysia Today Pelajar guna pisau lancar serangan di sekolah Kuching
- Sinar Harian Remaja cedera warga emas guna pisau (this story)







