Kuala Lumpur: Johor Darul Ta'zim (JDT) mengakui terlepas pandang surat-menyurat dengan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) sehingga menyebabkan kelab itu dikenakan levi pentadbiran sebanyak 2.5 peratus berhubung arahan pembayaran di bawah Peraturan FIFA Clearing House.
Ketua Pegawai Eksekutif JDT, Luis Garcia, berkata pihak pengurusan tertinggi kelab tidak dimaklumkan mengenai perkara itu sebelum siasatan dalaman dijalankan.
Beliau berkata, siasatan berkenaan mengenal pasti beberapa individu yang bertanggungjawab, dengan tindakan sewajarnya sudah diambil.
"Walaupun levi sebanyak 2.5 peratus yang dikenakan mungkin dianggap sebagai jumlah yang kecil, JDT memandang serius perkara ini kerana sebarang urusan tidak seharusnya terlepas pandang.








