APABILA membaca laporan berita yang Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) Fasa 1 dari Gombak ke Kota Bharu, Kelantan dijadualkan mula beroperasi secara rasmi pada 12 Disember 2026, ramai teruja dan banyak keluarga gembira.

Sudah ramai membayangkan bagaimana suasana menaiki ECRL, hendak merasai kelancaran perjalanannya serta kelajuan pergerakan ke destinasi.

Penjualan tiket dilaporkan bermula pertengahan November ini melalui eCentral.my atau saluran rasmi Malaysia Rail Link.

Tambang ditetapkan bermula RM125 untuk kelas ekonomi dan RM147 bagi perjalanan ekspres dari Gombak ke Kota Bharu.