GERIK: Penceramah bebas terkenal, Ustaz Wadi Annuar cedera sejurus Kenderaan Pelbagai Guna (MPV) Toyota Vellfire dinaiki terbabit kemalangan di Jalan Raya Timur-Barat berhampiran Gerik.
Nahas berlaku jam 2.40 pagi tadi turut membabitkan dua kereta model Perodua Myvi dan kereta Perodua Bezza.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata kemalangan itu menyebabkan lima mangsa cedera manakala lima yang lain terselamat tanpa sebarang kecederaan.
Beliau berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima laporan.









