Changsha, China: Seorang pempengaruh China mencetuskan perdebatan hangat apabila berkongsi kisah pemulihannya yang luar biasa selepas terjatuh dari tingkat 35 sebuah bangunan hampir setahun lalu, lapor South China Morning Post.

Pada 12 Oktober lalu, pempengaruh yang menggunakan akaun @wananan itu kembali aktif selepas menyepi hampir 17 bulan.

Dia menyifatkan dirinya sebagai sudah "dilahirkan semula melalui kesusahan".

Wanita berusia 27 tahun dari wilayah Hunan di tengah China itu berkata, dia kini hampir pulih sepenuhnya daripada kecederaan akibat kejadian yang berlaku lebih setahun lalu.