KUALA LUMPUR: Dalam keghairahan mengimbangi kerjaya dan kehidupan peribadi, isu beban fikiran atau 'mental load' ketika menguruskan kediaman kini semakin kerap menjadi topik perbualan dalam kalangan pasangan moden di negara ini.

Secara tidak sedar, tugasan harian seperti mencuci pakaian sering kali diletakkan di bahu satu pihak sahaja, terutamanya ibu atau isteri.

Keadaan ini biasanya timbul bukan kerana ahli keluarga lain tidak mahu membantu, melainkan disebabkan wujudnya pelbagai keraguan kecil yang merumitkan seperti bingung menyukat cecair pencuci, keliru memilih tetapan mesin, atau bimbang pakaian rosak dan mengecut.

Melihat kepada dilema harian ini, Coway kini melangkah lebih jauh daripada kepakarannya sebagai pakar penulen air dan udara untuk menawarkan solusi kediaman yang lebih menyeluruh menerusi Produk Pencucian Coway.