Kuala Lumpur: Pihak berkuasa Malaysia dan Filipina bersetuju untuk memulakan siasatan bersama berhubung cubaan menyeludup 521kg syabu (crystal methamphetamine) menggunakan jet peribadi di Laos.
Polis Laos membuat rampasa itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Luang Prabang, awal bulan ini berikutan maklumat risikan yang membongkar sindiket dadah besar yang dikaitkan dengan seorang ahli politik Filipina.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman , Datuk Hussein Omar Khan berkata, persetujuan itu dicapai ketika mesyuarat dwitahunan khas antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Penguatkuasaan Dadah Filipina (PDEA) pada 20 Oktober.
Mesyuarat berkenaan membabitkan Ketua Pengarah PDEA, Untersekretari Isagani R. Nerezani dan tiga orang delegasi.






