Kuala Lumpur: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merekodkan 2,333 kes penyeludupan rokok membabitkan rampasan bernilai RM476.3 juta termasuk duti dan cukai dalam tempoh Januari hingga Ogos lalu.
Ketua Pengarah JKDM, Datuk Amran Ahmad berkata, sindiket penyeludupan rokok sentiasa mengubah taktik bagi menyukarkan pengesanan oleh pihak berkuasa.
Menurutnya, hasil siasatan dan penguatkuasaan di lapangan mengesahkan kewujudan pekerja migran yang ditugaskan menjual rokok tidak bercukai di peringkat runcit.
"Hasil siasatan menunjukkan bahawa individu yang ditugaskan menjual di premis hanya salah satu komponen dalam keseluruhan rantaian pengedaran.








