Alor Setar: Purata hasil kasar padi di Kawasan Muda mencatat peningkatan kepada 5.22 tan sehektar bagi Musim 1/2026 berbanding 4.69 tan sehektar pada musim sama tahun lalu.
Lembaga Kemajuan Pertanian Muda memaklumkan gambaran awal hasil padi itu diperoleh menerusi pelaksanaan Kajian Penyiasatan Pengeluaran Padi (CCS) setakat semalam.
Katanya, CCS ialah mekanisme yang digunakan di peringkat kebangsaan bagi penetapan hasil padi negara.
"Aktiviti penuaian padi di kawasan Muda juga sudah mencapai hampir 83 peratus sehingga semalam.






