Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus memperkukuhkan risikan serta pemantauan bagi mengenal pasti keseluruhan rangkaian pembekalan dan pengedaran rokok seludup termasuk membabitkan pekerja warga asing.

Komander Wildlife Crime Bureau/Perisikan Siasatan Khas (WCB/PSK) Bahagian Pasukan Gerakan Am, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Mohd Zaki Ashar berkata, setiap tangkapan yang dibuat di peringkat runcit bukanlah pengakhiran siasatan.

Menurutnya, PDRM akan menjalankan siasatan secara menyeluruh bagi mengenal pasti individu atau sindiket yang membekalkan, mengarah serta mengaut keuntungan daripada aktiviti penyeludupan itu.

"Berdasarkan pola siasatan dalam sesetengah kes, terdapat premis yang dikendalikan oleh pekerja atau peniaga warga asing yang menjual produk kepada pelanggan daripada komuniti atau kewarganegaraan sama.