Kuala Lumpur: Harapan jaguh lontar peluru para negara, Muhammad Ziyad Zolkefli untuk melakar sejarah meraih emas keempat berturut-turut di Sukan Para Asia tidak kesampaian apabila terpaksa berpuas hati dengan pingat perak pada edisi Aichi-Nagoya 2026, sebentar tadi.
Atlet negara itu terpaksa akur dengan kehebatan atlet Arab Saudi, Bader Ali yang mencipta kejutan menerusi lontaran sejauh 17.08 meter (m) untuk memecahkan rekod temasya, sekali gus menggagalkan misi Ziyad mempertahankan kejuaraan yang dimenanginya sejak edisi 2014.
Ziyad melakukan lontaran terbaik sejauh 16.61m dalam acara akhir lontar peluru lelaki kategori F20 untuk meraih perak selepas enam percubaan, manakala Bader Ali muncul juara dengan catatan 17.08m.








