PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada atlet lompat jauh para negara, Datuk Abdul Latif Romly selepas berjaya meraih pingat emas dalam acara lompat jauh T20 lelaki pada Sukan Para Asia Aichi-Nagoya 2026.

Kejayaan itu menyaksikan Abdul Latif mempertahankan kejuaraannya buat kali keempat berturut-turut, sekali gus menyumbang pingat emas ketiga buat kontinjen Malaysia pada temasya berkenaan.

Anwar berkata, kejayaan tersebut amat membanggakan negara, lebih-lebih lagi apabila Abdul Latif tetap mempamerkan semangat juang yang tinggi meskipun berada dalam keadaan kurang sihat.

“Alhamdulillah, Malaysia raih emas ketiga! Tahniah Datuk Abdul Latif Romly yang meraih pingat emas buat kali keempat berturut-turut dalam acara lompat jauh T20 lelaki di Sukan Para Asia Aichi-Nagoya 2026.