Kuala Lumpur : Pengiktirafan antarabangsa yang diterima penyanyi dan komposer, Firdhaus Farmizi menerusi anugerah The Most Influential Singer-Songwriter of the Year (Penyanyi-Komposer Paling Berpengaruh) menjadi suntikan semangat baharu untuknya terus menghasilkan karya berkualiti dan meluaskan empayar muziknya di peringkat global.

Firdhaus, 27, menyifatkan pengiktirafan di acara The Knights Award Season 5: A World of Influence yang berlangsung di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) malam Selasa lalu itu sebagai satu penghormatan yang amat bermakna buat perjalanan seninya.

"Saya sangat gembira menerima anugerah ini. Bagi saya, ini bermakna lagu-lagu yang saya tulis selama beberapa tahun ini mendapat perhatian dan dihargai ramai.