Pemangku Pesuruhjaya Polis Sarawak, Saifullizan Ishak, berkata setakat ini 24 individu dirakam percakapan dalam kes serangan ke atas guru oleh seorang pelajar Tingkatan 4, di Kuching. (Gambar Facebook)PETALING JAYA: Seramai 24 individu dirakam percakapan berhubung kes seorang pelajar menyerang guru sehingga cedera dalam kejadian di sebuah sekolah antarabangsa di Kuching, Rabu lalu.
Pemangku Pesuruhjaya Polis Sarawak, Saifullizan Ishak, berkata sehingga semalam antara individu dipanggil ibu bapa suspek dan pemandu keluarga.
"Polis menegaskan siasatan dijalankan secara profesional, teliti dan menyeluruh dengan mengambil kira semua keterangan serta bukti berkaitan.
“Sebarang tindakan lanjut akan dilaksanakan berdasarkan fakta yang diperoleh dan peruntukan undang-undang,” katanya dalam kenyataan.





