Pengerusi GRS Hajiji Noor pada Konvensyen GRS minggu lalu menekankan kekuatan negeri dalam rundingan di peringkat persekutuan perlu bermula menerusi kesepaduan dalaman GRS. (Gambar Armizan Mohd Ali)PETALING JAYA: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) perlu mencapai formula 'menang-menang' dalam rundingan sesama komponennya menjelang PRU16 bagi memastikan perbezaan berbangkit tidak melemahkan suara Sabah di peringkat persekutuan, kata penganalisis.

Arvin Tajari dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), berkata rundingan itu penting supaya setiap parti mempunyai ruang mencapai kepentingan masing-masing tanpa menjejaskan kesepaduan keseluruhan gabungan.

Arvin Tajari."Mengekalkan kesatuan dan kesepaduan ini penting bagi memastikan suara dibawa adalah satu, bukan dilihat berpecah dan pincang.