KUALA LUMPUR: Ringgit memulakan urus niaga Jumaat dengan mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) yang susut nilai diasak kejatuhan harga saham susulan kebimbangan mengenai pelaburan berkaitan kecerdasan buatan (AI).

Pada 8 pagi, ringgit mengukuh kepada 4.0785/0855 berbanding dolar AS daripada 4.0815/0850 yang dicatatkan semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata kebimbangan itu dicetuskan oleh keraguan pelabur sama ada pelaburan selanjutnya dalam syarikat AI mampu menjana hasil mengikut tempoh yang disasarkan.

Beliau berkata, kemungkinan pihak Rizab Persekutuan AS (Fed) menaikkan kadar faedah utama negara maju itu juga makin reda selepas hasil Perbendaharaan AS bagi tempoh dua tahun dan 10 tahun merosot masing-masing 16 dan 17 mata asas kepada 4.64 peratus dan 4.95 peratus.