Kuala Lumpur : Pelakon remaja, Puteri Balqis tampil meluahkan pandangannya mengenai realiti industri hiburan negara yang disifatkan semakin mengagungkan populariti berbanding kualiti dan mutu persembahan seseorang pelakon.

Balqis, 19, atau mesra disapa Aqis, mengakui memahami rasa terkilan yang diluahkan oleh segelintir pelakon veteran berhubung sistem penganugerahan hari ini yang lebih cenderung menilai jumlah pengikut di media sosial.

Menurutnya, senario itu sentiasa mengingatkannya kepada perjalanan hidup Seniman Agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee sebagai iktibar dalam melayari kerjaya seni.

"Setiap kali lakonan tidak dihargai sebagaimana populariti diraikan, saya sentiasa ingatkan diri sendiri tentang perjalanan seniman P. Ramlee.