KUALA LUMPUR: Beregu wanita utama negara Pearly Tan-M Thinaah dan dua pasangan beregu lelaki melangkah ke suku akhir Terbuka Perancis 2026 selepas melepasi halangan masing-masing pada pusingan 16, awal pagi tadi.

Dalam acara beregu lelaki, Man Wei Chong-Tee Kai Wun mempamerkan aksi cemerlang apabila mengejutkan pilihan kelapan dari Jepun, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi, menerusi kemenangan dua set 25-23, 21-14.

Kemenangan itu sekali gus menyaksikan beregu negara itu akan bertemu satu lagi rakan sepasukan iaitu gandingan Aaron Chia-Soh Wooi Yik.

Turut mara ke pusingan lapan terbaik ialah pasangan profesional Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani yang terpaksa bekerja keras sebelum menewaskan pasangan Denmark, Daniel Lundgaard-Mads Vestergaard, 21-6, 14-21, 21-18 selepas bangkit dalam set penentuan.