Kuala Lumpur: Pendakwah terkenal, Ustaz Wadi Annuar dilaporkan terbabit dalam kemalangan di Gerik, Perak, awal pagi tadi.
Perkara itu dikongsikan menerusi satu hantaran di laman Facebook milik pendakwah itu yang memaklumkan beliau bersama beberapa individu lain terbabit dalam kemalangan kenderaan.
"Dukacita dimaklumkan bahawa Ustaz Wadi Annuar bersama beberapa orang staf terbabit dalam kemalangan sewaktu dalam perjalanan di Gerik, Perak.
"Pada hari Jumaat yang mulia ini, kami memohon jasa baik orang ramai untuk mendoakan keselamatan dan kesejahteraan beliau serta semua yang terbabit.








