Kuala Lumpur: Sebanyak 17 stesen pemantauan kualiti udara di seluruh negara merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat jam 8 pagi ini, dengan Johan Setia, Selangor mencatatkan bacaan tertinggi iaitu 162.
Berdasarkan data terkini Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), empat stesen di Selangor mencatatkan bacaan tidak sihat iaitu Klang (160), Petaling Jaya (157), Shah Alam (156) dan Banting (154).
Di Negeri Sembilan, tiga stesen turut merekodkan bacaan tidak sihat, masing-masing Nilai (159), Seremban (159) dan Port Dickson (106).
Sementara itu, di Kuala Lumpur iaitu Batu Muda (157) dan Cheras (136), diikuti Putrajaya (153); manakala di Melaka tiga stesen iaitu Bukit Rambai (151), Alor Gajah (121) dan Bandaraya Melaka (120).








