KUALA LUMPUR: Sebanyak 27 stesen di seluruh negara merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat jam 8 pagi ini, dengan Pasir Gudang mencatat bacaan tertinggi, iaitu 177.
Berdasarkan data terkini Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), tahap sama turut direkodkan Nilai, Negeri Sembilan dengan bacaan 174; Johan Setia (173) dan Klang, Selangor (172).
Situasi sama di Bukit Rambai, Melaka dengan bacaan 169; Cheras, Kuala Lumpur (167), manakala Putrajaya; Port Dickson, Negeri Sembilan; Larkin dan Kota Tinggi, Johor masing-masing mencatatkan bacaan 165.
Sementara itu, Bandaraya Melaka, Melaka (164); Batu Muda, Kuala Lumpur (163); Pengerang, Johor (162); Banting, Selangor (160); Shah Alam, Selangor (159); Seremban, Negeri Sembilan (159); Alor Gajah, Melaka (156); Kemaman (156) dan Paka, Terengganu (155); Batu Pahat, Johor (154); Indera Mahkota Kuantan, Pahang (154); Petaling Jaya, Selangor (153); Rompin, Pahang (153); IPD Serian (153); Kluang (152) dan Tangkak, Johor (152) serta Sri Aman, Sarawak (136).








