PETALING JAYA: Kemunculan asap tebal disertai bau busuk dari beberapa jeriji longkang di Lebuh Raya Duta-Ulu Kelang (DUKE) arah ibu negara selepas Tol Sentul mencetuskan kebimbangan pengguna jalan raya pagi ini.
Situasi tersebut dikongsikan beberapa pengguna Threads yang memaklumkan kepulan asap dilihat keluar dari longkang di kawasan berkenaan.
Pengguna Threads @snapaholicphotography menerusi hantaran ringkas berkata, asap berkenaan dilihat keluar dari longkang selepas Tol Sentul menghala ke Kuala Lumpur.
“DUKE pagi ini, lepas Tol Sentul arah Kuala Lumpur. Asap keluar dari longkang,” katanya.








