SAN FRANCISCO: Seorang jurutera warga Arab Saudi didakwa di mahkamah kerana memasang peranti rakaman secara sulit di pejabat OpenAI di California.

Abdulrahman Alfozan yang berkhidmat di syarikat kecerdasan buatan (AI) itu didakwa menggunakan atau cuba menggunakan peranti elektronik, mekanikal atau peranti lain untuk memintas komunikasi lisan.

OpenAI berkata, pihaknya menemukan alat perakam canggih yang disembunyikan di pejabat mereka di San Francisco dan segera memaklumkan kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI).

Syarikat itu memaklumkan mereka menggunakan model AI sendiri untuk mengesan peranti tersebut diletakkan oleh seorang pekerja.