Johor Bahru: Pengendali Johor Darul Ta'zim (JDT), Xisco Munoz meluahkan perasaan gembira setelah misi tiga mata yang disasar menjadi kenyataan apabila menewaskan kelab dari Korea Selatan, Pohang Steelers 2-0 dalam aksi Zon Timur Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) di Stadium Pohang Steel Yard, di Pohang, Korea Selatan, semalam.
Jelas Munoz walaupun sedar skuad kendalian Park Tae Ha memiliki kekuatan yang hebat, namun kemenangan diraih JDT kerana setiap pemain memahami bagaimana mengimbangi pendekatan taktikal dan menangkis gerakan berbahaya pemain lawan.
"Gaya permainan kami amat jelas iaitu kerap beri tekanan terhadap benteng lawan tanpa membuka ruang di kawasan tengah bagi mereka bergerak malah ia penting untuk terus mengekalkan permainan berintensiti tinggi. Apapun para pemain menunjukkan aksi menakjubkan bagi memastikan kemenangan








